Let`s Follow Me and Earn Money

Wednesday, October 27, 2010

Best Toothpaste....

Aquafresh Iso-Active Whitening Fresh Impact
BEST FOAM
This gel's plentiful bubbles froth up when they hit your tongue and penetrate deep between teeth, leaving behind a well-scrubbed feel.
Suggested retail price: $4





Arm & Hammer Whitening Booster Plus With Enamel Strengthening
BEST INNOVATION
If you already have a toothpaste that you love, top it with this liquid-calcium concentrate. It lightens stains and can help fill in tiny cracks.
Suggested retail price: $5.50




 
Colgate Total Enamel Strength
BEST OVERALL
The gel-paste hybrid keeps your mouth feeling clean and fights germs for 12 hours. Plus, it protects enamel from acids found in foods and drinks.
Suggested retail price: $3.50




 
Tom's of Maine Clean & Gentle Care
PRO'S HEALING PICK
"It soothes bitten cheeks, sore gums, and even an achy throat with licorice root," says New York City periodontist Greg Diamond.
Suggested retail price: $5, tomsofmaine.com




 
Burt's Bees Fluoride-Free Natural Whitening Toothpaste
BEST BOTANICAL
This herbal wonder fights plaque with cranberry extract, polishes with silica, and it contains no artificial flavors, colors, or sweeteners.
Suggested retail price: $5, burtsbees.com








 
Luster White 7 Toothpaste
BEST WHITENING

With—you guessed it—seven polishing agents, including bamboo, silica, and peroxide, this stain blaster can brighten teeth in one week. Testers loved its mild, sweet flavor, too.
Suggested retail price: $7, lusterpremiumwhite.com








 
Crest Pro-Health Sensitive Shield
BEST FOR SENSITIVE TEETH
It forms an imperceptible barrier around teeth to calm delicate nerves that are agitated by pain triggers, like hot and cold drinks.
Suggested retail price: $3








 
Supersmile Quikee
BEST ON-THE-GO

Squirt a dollop of this no-rinse paste onto your tongue, then run your tongue over your teeth to fade stains with calcium peroxide and freshen breath in an instant.
Suggested retail price: $6, supersmile.com



.

Tuesday, October 26, 2010

Teka Teki Yang Best

Gunakan otak anda yer...

1.Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

A. Pertama
B. Kedua












jawapan :
Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!  



Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?


 
 




2. Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...?
A. Terakhir
B. Kedua Terakhir
C. Tiada jawapan di atas
















jawapan :
Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?

Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?






Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...




3.Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10... Berapa kah jumlah semua?


A. 5000
B. 4100














jawapan :
Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.
Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .








  4. Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?














jawapan :
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.

Namanya Mary. Baca semula soalan!






 


5. Okay, cuba jawab soalan bonus:

Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.


Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?








 jawapan :
Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati.Mudah sahaja.








Hehehhe...
















Monday, October 25, 2010

Susah Senang Jadi Cikgu

 Rukun Negara





 Sains




 Sekolah Taman





 Anak Malas






 Bahasa





 Bahasa Rojak






English 1






 English Science






 English Science 2






 Etika Makan






 Guru Sukan






 Hanset di sekolah







 Hantaran





 Makanan Merbahaya







Relevankah Hanset Di Sekolah

Sunday, October 24, 2010

ULAT KELUAR DARI KEMALUAN

Kira-kira 10 tahun lalu, Pak Lah datang ke rumah Pak Cu Rani untuk memintanya mengubati penyakit anaknya yang terkena ilmu hitam. Ita (bukan nama sebenar) merupakah anak Pak Lah yang sulung. Pada mulanya Pak Cu Rani agak keberatan kerana inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi yang sedemikian. Penyakit yang terkena Ita sememangnya sukar untuk diubati.



Bagi Pak Cu, dia bukanlah seorang bomoh handal kerana kebolehannya hanya bergantung kepada jenis ilmu yang ditujukan. Setelah mendengar serba sedikit daripada Pak Lah, Pak Cu berasa simpati dan mengambil keputusan untuk pergi melihat sendiri keadaan anak Pak Lah itu.


' Begini sajalah Pak Lah, saya bukanlah pandai sangat, setakat nak tengok-tengok tu bolehlah. Segala ikhtiar dan usaha itu segala-galanya bergantung kepada kehendak dan izin Allah. Saya sekadar berusaha.. ' kata Pak Cu merendah diri.


Pak Cu mencapai bajunya yang tersangkut di tiang dan terus pergi ke rumah Pak Lah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Ketika Pak Cu menjejaki halaman rumah Pak Lah, kelihatan ramai sanak saudara yang datang menziarahi Ita. Kebanyakkan daripada mereka kelihatan muram dan sedih. Kesayuan dan kesedihan jelas terukir pada wajah mereka.


Apabila Pak Cu memasuki rumah Pak Lah, matanya terus terpandang kepada sekujur tubuh yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. ' MasyaAllah? ' rasa sayu dan terkejutnya bukan kepalang. Ita yang terkenal dengan kecantikannya boleh berubah dengan sebegitu rupa. Kecantikannya telah berubah menjadi wajah yang pucat lesi. Matanya menjadi bulat, lengannya menjadi terlalu kecil sebesar buluh runcing. Beliau hanya mampu mengaduh dan mengerang kesakitan.


Namun apa yang lebih menyedihkan lagi apabila Pak Cu menyaksikan perut Ita yang sebar sebesar tempayan. Perutnya itu semakin membesar sehingga tidak mampu lagi ditampung oleh badan Ita yang sekecil itu.


Cubalah kita renungkan perasaan ibu dan bapanya. Siapa yang sanggup melihat anak kesayangan menjadi sebegitu rupa. Siang dan malam hanya mendengar rintihan kesakitan. Bagi Pak Lah dan isterinya, mereka sudah kering air mata dan tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa. Bukannya tidak mahu berikhtiar tetapi sudah beribu-ribu duit habis dibelanjakan untuk mengubati anaknya itu.


Namun bagi Pak Cu yang tinggi ilmunya, dari kali pertama dia memandang tubuh Ita, dia sudah tahu sememangnya Ita telah terkena ilmu hitam. ' Memang sah Ita terkena ilmu ' Lubang Jarum ' . Ilmu ini selalunya datang dari bomoh-bomoh Siam bagi mereka yang ingin melaksanakan niat jahat. Ianya terlalu jijik dan dialknati agama ' , kata Pak Cu kepada Pak Lah yang duduk disisi anak kesayangannya itu.


Menurut Pak Cu, mereka yang mengamalkan ilmu ' Lubang Jarum ' ini telah melakukan perkara yang paling terkutuk iaitu mengambil surah Yassin dan mengelap najis padanya setiap kali membuang air besar selama 7 hari berturut-turut. Satu lagi benda yang digunakan ialah mendapatkan tuala wanita yang masih terdapat darah haid. Surah Yassin yang disapu dengan najis tadi dibakar dan disapukan pada tuala wanita tersebut. Kemudian kedua bahan tadi diberikan kepada bomoh untuk dijampi dan dipuja.


Betapa kejam dan terkutuknya perbuatan manusia sehingga sanggup melakukan kerja yang dilaknati agama. Mereka ini sememangnya telah terpesong jauh dari ajaran Islam kerana sanggup melakukan perkara sedemikian.


Setelah dijampi dan dipuja, pengamal ilmu ini hendaklah pergi mencari satu mata air yang sedang mengalir kemudian bahan tadi hendaklah digunakan bagi menutup lubang bagi menyekat aliran air supaya tidak mengalir. Selagi lubang itu tertutup selagi itulah darah haid tidak akan keluar dari kemaluan wanita yang dituju itu dengan ilmu hitam tersebut.


Kepada para wanita, berhati-hatilah semasa membuang tuala wanita kerana khuatir boleh dijadikan bahan untuk melaksanakan niat jahat seseorang. Berdasarkan cerita dan pengamatan Pak Cu, dia sedar bahawa Ita telah terkena ilmu hitam oleh seorang pemuda yang sangat tergila-gilakannya.


Memang benar, Ita pernah menolak cinta seorang pemuda kerana pemuda itu khabarnya seorang pengedar dadah. Pemuda itu merasa kelakiannya tercabar lalu menyimpan dendam apatah lagi bila mendengar Ita telah bertunang dengan Lokman seorang pemuda yang selama ini menjadi musuhnya. Keadaan ini menyebabkan pemuda itu hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian bagi melaksanakan dendamnya.


Pada peringkat awal, pemuda tersebut telah melemparkan fitnah kepada Ita dan Lokman dengan mengatakan mereka telah membuat hubungan sulit sehingga Ita mengandung. Ramai penduduk kampung terpengaruh dengan kata-kata pemuda itu sehingga Pak Lah dan isterinya juga turut percaya. Masakan tidak percaya kerana perut Ita semakin hari semakin membesar.


Lalu Ita dipukul dan dihalau oleh Pak Lah kerana dia beranggapan Ita telah mencemarkan nama baiknya.... Namun begitu Ita dan Lokman masih tetap mempertahankan kesucian cinta mereka. Ita telah keluar dari rumah setelah dihalau oleh kedua ibubapanya sendiri dan menumpang di rumah ibu saudaranya di kampung seberang untuk beberapa bulan sehinggalah keadaannya benar-benar tenat barulah Pak Lah datang mengambilnya semula.


Ketika Pak Lah datang, keadaan Ita sudah teruk. Rasa menyesal tidak terhingga di hati Pak Lah kerana telah menuduh Ita tanpa usul periksa. Mujurlah adik iparnya telah menjaga Ita dengan baik. Pernah beberapa kali iparnya datang memujuk agar menerima Ita kembali kerana iparnya tidak percaya Ita melakukan perbuatan terkutuk itu dan dirasakan Ita telah terkena ilmu sihir.


Apa yang lebih mengharukan, Ita turut dikeji dan dihina oleh penduduk kampung. Bagi Pak Cu sendiri itulah pengalaman yang paling tragis dan dia juga merasa sedih dan terharu. Begitu kejamnya manusia sehingga sanggup melakukan perbuatan yang sedemikian rupa.



Pak Cu berpendapat, penyakit Ita itu bukan sembarangan kerana daripada wajahnya yang pucat dan badannya yang kurus kering itu terjadi akibat daripada semua darah telah berkumpul di bahagian perut. Jika tidak berhati-hati boleh mengancam nyawa. Atas dasar simpati dan perikemanusiaan, Pak Cu terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk mengubati Ita kerana ia memerlukan proses yang agak rumit. Usaha Pak Cu yang pertama ialah perlu membaca surah Yassin sebanyak 3 kali setiap malam selama 3 malam berturut-turut.


Dalam proses Pak Cu membaca ayat-ayat tersebut, banyak kejadian aneh telah berlaku pada Ita. Ita meracau-racau mengatakan Pak Cu ingin membunuhnya namun Pak Cu tidak menghiraukan kata-kata Ita itu. Setelah membaca Yassin selesai, ia dihembuskan ke dalam air dan kemudian air Yassin itu disapukan pada celah ibu jari Ita. Pada masa itu Ita meraung sekuat hati.



Untuk malam berikutnya, Pak Cu membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali iaitu sebanyak bilangannya selama 3 malam berturut-turut. Ayat-ayat tersebut dibaca dengan tertib mengikut tajwid yang betul. Dalam proses itu, Ita meraung-raung, matanya bertukar menjadi merah dengan urat-urat kelihatan merekah. Ketika air surah Yassin disapukan dikepalanya, rambut kelihatan gugur sehingga kulit kepalanya jelas kelihatan. Sukar untuk dibayangkan betapa dahsyatnya penderitaan yang dialami oleh Ita. Pak Cu masih meneruskan usahanya selama 3 malam. Pak Cu berserah dan bertawakal kepada Allah s.w.t.



Setelah sampai di rumah Pak Lah, dia mendapati keadaan Ita semakin serius dan teruk. Pada malam itu, usahanya agak berlainan sedikit di mana dia terpaksa menggunakan kemenyan, kapas dan buluh runcing yang dikerat bukunya. Ketika ayat Kursi dibaca sebanyak 120 kali, Ita bangun dan meronta-ronta mengamuk dan ingin mencekik semua orang yang ada pada malam itu. Keadaan rumah menjadi kelam-kabut. Masing-masing lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, Pak Cu segera mengambil air surah Yassin lalu disimbah kepada Ita, barulah dia rebah kembali kepada asalnya. Namun selepas itu, Ita kembali mengamuk dan mengigit lengannya sehingga beberapa bahagian lengan terkoyak.


Boleh dikatakan jika sesiapa yang ada pada malam itu pasti akan menitiskan air mata termasuklah Lokman yang sudah tidak tahan lagi meratapi penderitaan yang dialami oleh Ita yang begitu dahsyat. Setelah selesai membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali, Pak Cu melakukan ikhtiarnya yang terakhir.


Pak Cu mengambil kapas yang dibasahkan dengan air surah Yassin dan dikepal sambil membaca ayat-ayat penyembuh. Kapas tersebut digumpal sehingga menjadi bulat dan kemudian disumbat pada hujung pangkal buluh. Pak Cu mencurahkan air surah Yassin perlahan-lahan ke dalam buluh tersebut sehingga penuh. Dia membakar kemenyan dan mengasap buluh tadi sambil membaca ayat penyembuh. Ita semakin kuat meronta-ronta dan ketika itu atap rumah yang terletak setentang dengan tempat pembaringan Ita tercabut dan terpelanting tiba-tiba. Seluruh tetamu terkejut dan terpaku serta tidak berkata apa-apa.


Pak Cu tahu yang merempuh atap tersebut ialah sejenis makhluk halus yang digunakan bagi melaksanakan niat jahat tersebut. Pak Cu nampak seekor beruk besar dan bertaring panjang sedang merempuh atap sehingga tercabut. Wajah Ita kelihatan berubah dan dia sudah mampu menyebut dan memanggil ayah dan ibunya.


Segera Pak Cu memanggil Pak Lah untuk menyatakan sesuatu. Bagi Pak Cu, apa yang perlu sekarang ini ialah berserah dan berdoa sahaja kepada Allah agar Ita dipanjangkan umur. Ini memandangkan penyakit Ita sudah amat kritikal. Setelah mendapat keizinan Pak Lah, Pak Cu meneruskan ikhtiarnya. Dia mengambil buluh runcing tadi lalu ditiup sambil membaca ayat-ayat suci. Seketika kemudian kapas yang ada pada hujung buluh runcing tadi tercabut dan terjatuh bersama air surah Yassin.


Di saat itu, Ita meraung kesakitan dan darah mengalir keluar dari kemaluannya... Darah hitam pekat busuk itu bercampur dengan ulat-ulat yang cukup meloyakan. Ia terlalu banyak sehingga memenuhi ruang tamu. Pak Lah mengajar Ita supaya mengucap dan ingat kepada Allah.


Seketika kemudian, Ita menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seluruh isi rumah ketika itu meratap hiba dengan pemergian Ita yang sungguh menyedihkan itu. Ayam dan itik di bawah rumah habis mati bergelimpangan pada keesokkan harinya disebabkan termakan ulat beracun yang keluar bersama darah Ita malam itu.


Ita telah selamat dikebumikan dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ita. Sesungguhnya beliau benar-benar telah terseksa sepanjang hidupnya akibat sifat dengki manusia yang tidak berhati perut.

Apa Yang Kamu Nampak????

Nampak tak ?????

Don`t Ask Me Why

.........
.........
.........



.......
.......
.......
........



.......
........
.......
........


........
.........
........
.........



Different Between Woman And Man

.......
........
........
........



..........
.........
.........
.........
..........



..........
.........
...........
...........
...........
............



.........
..........
..........
..........
.............
..........



..........
...........
...........
...........
...........
...........



..........
..........
.........
...........
..............
.....
.........



..........
..........
..........
...........
............
..........



.........
..........
..........
..........
..........
..........
..........



.........
...........
..........
.........
.........
...........



.........
.............
.........
..........
............
...........



............
...........
............
.............
..............
............
............




............
...........
............
.............
............
............
............


Saturday, October 23, 2010

Modern Bathroom Soap Dispense

Kuang ! Kuang! Kuang!!!

I think this kind of thing should be in GENTS room only....
To avoid sexuality badness happened if it store in LADIES...
Not tahan lorrr...

Tuesday, September 28, 2010

'Saya tak mahu adik menangis'


KUALA LUMPUR: “Kalau saya menangis, adik saya lagi akan menangis. Saya perlu tabah dan kental untuk bersama-sama (adik-beradik) menerajui syarikat,” kata anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari ketika menjawab persoalan kenapa dia tidak pernah dilihat bersedih selepas kes pembunuhan kejam ibunya.
Erni Dekritawati yang lebih dikenali sebagai Rita, 25, berkata, dia perlu kuat dan bersemangat meneruskan legasi perniagaan peninggalan ibunya selain memberi kekuatan kepada lima lagi adiknya.



“Kami sekeluarga sekarang sedang menerima kenyataan, bukan tak sedih, tapi saya mesti pandang ke hadapan dan meneruskan niat ibu saya yang mungkin hanya separuh jalan, saya akan habiskan kemahuannya,” katanya dalam temubual menerusi program Kerusi Panas di Radio 24 di frekuansi 93.9 FM di Bernama di sini, semalam.

Dalam temubual lebih sejam itu, Rita turut ditanya sama ada dia mampu menerajui perniagaan ibunya di usia masih muda, berdepan dengan persaingan syarikat lain, saman terhadap bapa tiri yang juga penyanyi, Nash termasuk status keakrabannya dengan penyampai berita Bernama-TV, Zulkifli Bujang.
Rita yang tenang dan tersenyum ketika menjawab beberapa soalan termasuk daripada pemanggil dilihat lebih selesa menjawab soalan berkaitan perniagaan berbanding peribadi.

Dia turut memberitahu adik bongsunya yang berusia 13 tahun juga tabah menghadapi dugaan kehilangan ibu mereka kerana sudah diajarnya termasuk bagaimana berdepan sebarang pertanyaan daripada rakan sekolah.

“Setiap kali dia pulang dari sekolah, dia memberitahu ramai rakan bertanya dan dia sebenarnya sudah boleh menerima kenyataan kehilangan ibu kami sebagai ketentuan Tuhan,” katanya.

Mengenai saman ibunya terhadap Nash, Rita berkata, perkara itu akan diputuskan selepas dia berbincang dengan adik beradik lain.


“Hubungan saya dengan dia (Nash) baik, tetapi mungkin itu (saman) permintaan terakhir ibu kerana dia bersungguh-sungguh, tetapi perkara itu biarlah kami putuskan menerusi perbincangan sesama keluarga,” katanya.

Rita juga meminta orang ramai tidak memandang rendah keupayaannya di usia muda dalam meneruskan perniagaan ibunya kerana dia yakin mampu berdikari kerana sudah mendapat tunjuk ajar daripada ibunya.

“Saya disokong adik-beradik yang ramai termasuk staf kerana seorang saja yang masih bersekolah. Saya akan mempelbagaikan lagi bidang perniagaan menjurus kepada sektor hartanah, kenderaan, perhotelan butik dan spa,” katanya.



Wednesday, September 22, 2010

5 Tahun Belum Hamil


SAYA sudah berkahwin selama lima tahun tetapi belum dikurniakan anak. Ketinggian saya adalah 156 sentimeter dan berat badan saya 76 kilogram.

Saya mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan anak, sama ada cara tradisional atau moden tetapi tidak berhasil. Saya juga pernah membuat rawatan permanian berhadas (IUI) sebanyak tiga kali tetapi tidak berjaya. Pada Julai lalu, saya melakukan rawatan persenyawaan tabung uji (IVF). Pada Ogos pula, saya melakukan pemeriksaan darah. Doktor kata ia tidak berjaya dan memaklumkan masalah embrio kerana sperma suami saya tidak begitu sihat iaitu kurang aktif.

Adakah saya boleh mendapat anak daripada sperma suami yang kurang aktif itu dan bagaimana caranya? Adakah berat badan saya bertambah apabila mengambil ubat kesuburan? Adakah berat badan saya ini menyebabkan saya tidak boleh hamil? Bagaimana saya dan suami boleh mendapatkan anak daripada darah daging sendiri?

SULIA
Melaka

DUA faktor penting mempengaruhi kesuburan dan kejayaan rawatan kesuburan (termasuk IVF) iaitu usia dan berat badan. Anda tidak menyatakan usia anda. Dalam menentukan berat badan yang sesuai untuk seseorang, terdapat kategori obesiti morbid, obesiti, berlebihan, ideal dan berkurangan. Dengan ketinggian anda, berat badan anda termasuk dalam kategori obes sedangkan berat badan ideal adalah antara 46kg hingga 60kg saja. Dulu, hanya kategori obesiti morbid dan obesiti dikaitkan dengan masalah kesuburan tetapi kini, kategori berat badan berlebihan juga didapati mengurangkan kesuburan seseorang wanita. Anda disarankan segera menurunkan berat badan kepada 72kg menggunakan kaedah pengubahsuaian diet dan senaman fizikal. Setelah ia dicapai, anda hendaklah meneruskan secara beransur untuk menurunkannya kepada 60kg.

Anda juga tidak menyatakan tahap "kurang aktif" sperma suami. Lazimnya apabila seseorang didapati boleh menjalani IUI, sperma pasangan lelaki boleh sama ada normal atau hanya sederhana lemah saja, lebih-lebih lagi anda dibenarkan menjalani IUI sebanyak tiga kali. Tambahan pula, pada hari prosedur IVF dilakukan, sperma pasangan lelaki akan diperiksa terlebih dulu. Sekiranya elok atau sedikit kurang elok, IVF akan diteruskan. Namun, sekiranya sperma didapati terlalu sedikit, lemah atau tidak normal (severe oligo/astheno/terato-zoospermia), IVF bukan lagi pilihan yang sesuai, sebaliknya akan diteruskan dengan kaedah ICSI.

Usah bimbang, peluang anda dan suami untuk mendapatkan zuriat sendiri ada, kecuali jika anda menopaus kelak ataupun jika suami tidak mempunyai sperma langsung. Anda harus faham, tidak semua (termasuk wanita yang subur) akan terus hamil sejurus selepas memulakan hubungan seks. Peluang kehamilan seseorang wanita untuk hamil pada sesuatu kitaran adalah sekitar 15 hingga 25 peratus saja, walaupun mereka tidak mempunyai masalah. Dengan bantuan rawatan kesuburan (walaupun menggunakan IVF), tiada yang menjanjikan peluang melebihi 80 peratus, apatah lagi 100 peratus.

Rekod kejayaan kehamilan dengan peratus yang tinggi lazimnya disertai juga dengan rekod pasangan yang mempunyai kembar yang tinggi. Kebanyakan pusat IVF antarabangsa mengekalkan kejayaan peratus kehamilan sekitar 30 hingga 40 peratus (yang sebenarnya dianggap sudah tinggi) dan pada masa sama, mengekalkan kadar kehamilan kembar pada paras yang rendah secara memasukkan hanya satu atau dua embrio saja.

Lazimnya pada sesuatu kitaran baru IVF, akan terdapat lebihan embrio yang dibekukan. Doktor hanya akan memasukkan satu atau dua embrio saja pada sesuatu kitaran, kadangkala tiga atau empat embrio akan dimasukkan bergantung kepada usia, sejarah kegagalan rawatan terdahulu dan pilihan pasangan terbabit.

Jika ada, selepas ini, anda boleh memilih untuk dimasukkan lebihan embrio beku ini terlebih dulu.
Pengambilan ubat kesuburan ada dikatakan menyebabkan penambahan berat badan, tetapi ini tidak semestinya malah ada yang mengalami penurunan berat badan.

Bagi diri anda, mengambil ubat kesuburan dalam dos yang sesuai dapat menambah bilangan telur matang pada kitaran terbabit, ini turut menambah peluang kehamilan. Jika tidak, anda harus bergantung kepada satu telur matang saja, itupun jika telur terbabit menjadi matang. Memandangkan sperma suami kurang aktif, anda juga memerlukan sekurang-kurangnya kaedah IUI, bukannya sekadar hubungan seks penetratif.

Di samping itu, teruskan pengambilan pil asid folik sebanyak sekurang-kurangnya 400 mikrogram setiap hari. Pengambilan pil multivitamin (yang mengandungi antioksidan) juga dikatakan menambah peluang kehamilan seseorang, eloklah untuk mengamalkannya.

Sunday, September 5, 2010

Kondom Tertinggal Di Dalam

SAYA mengadakan hubungan intim dengan isteri menggunakan kondom. Selepas bersama didapati kondom itu tiada dan saya rasa ia berada di dalam faraj isteri.
Apakah tindakan yang boleh dilakukan dan apakah kesan kepada isteri jika kondom terbabit masih di dalam farajnya?

MOHD
Pontian, Johor


KONDOM mudah ditarik ­keluar menggunakan jari yang dimasukkan ke dalam faraj. Setelah itu, kondom hendaklah diperiksa sama ada masih utuh atau sudah koyak.

Sekiranya ia sudah koyak, ada kemungkinan sebahagian lagi cebisan kondom terbabit masih tertinggal di dalam faraj.

Anda mungkin memerlukan pemeriksaan atau kepastian doktor melalui pemeriksaan khas menggunakan alat spekulum untuk melihat keseluruhan faraj dan ruangnya.

Sekiranya ia berada buat masa yang lama, kehadiran kondom yang juga sejenis benda asing ini boleh menyebabkan jangkitan kuman sehingga mendatangkan masalah lelehan, bau dan seumpamanya.

Jutawan Sosilawati Hilang

KUALA LUMPUR: Hartawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 44, dilaporkan hilang secara misteri sejak seminggu lalu dan gagal dikesan hingga kini.
Difahamkan, kehilangan bekas isteri kepada vokalis kumpulan rock Lefthanded, Nash itu menyebabkan anak mangsa mengesyaki ibunya dilarikan dan dikurung sebelum membuat laporan polis.

Turut hilang bersama jutawan berkenaan ialah tiga individu lain mempunyai hubungan dengan urusan perniagaan dan syarikatnya.

Susulan itu, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kehilangan ahli perniagaan berkenaan bersama tiga individu lain.

Sumber polis berkata, kehilangan Sosilawati hanya dilaporkan anak perempuan mangsa berusia 21 tahun Khamis lalu selepas mendapati ibunya gagal dihubungi tanpa sebab sejak malam Isnin.

Difahamkan, anak mangsa yang juga pembantu perniagaan kepada ibunya mula berasa tidak sedap hati berikutan ibunya tidak pernah `hilang’ apatah lagi telefon bimbitnya gagal dihubungi.

“Berdasarkan maklumat, Sosilawati dikatakan tidak pernah mematikan telefon bimbit dan kerap kali menghubungi anak atau pekerjanya bagi memaklumkan apa jua perkembangan dirinya selain lokasi dia berada.

“Namun pada jam 6 petang Isnin lalu, Sosilawati dikatakan keluar bersama pemandu peribadinya bernama Kamal untuk bertemu seorang peguam di Banting, Selangor. Dia ketika itu meninggalkan pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan laporan, Sosilawati dikatakan turut ditemani dua lagi individu bernama Hisham dan Kamil yang juga seorang pegawai bank bagi menguruskan isu jual beli tanah serta peguam mangsa.

“Namun kira-kira jam 9 malam, anak mangsa menerima SMS daripada ibunya yang mengandungi mesej aneh dan sukar difahami.

“Anak mangsa cuba untuk menghubungi ibunya itu tidak lama kemudian namun gagal. Malah tiga individu lain yang dipercayai berada bersama mangsa turut gagal dihubungi sehingga hari ini,” katanya.

Difahamkan, polis menyerbu sebuah kediaman di Jalan Duta di sini, namun tidak menemui mangsa seperti maklumat disalur keluarga mangsa.

Difahamkan, polis turut berusaha menjejaki mangsa selain mendapatkan maklumat serta mengambil keterangan anak mangsa di IPK tengah hari semalam bagi meleraikan misteri kehilangan usahawan wanita berjaya itu.

“Setakat hari ini (semalam), masih belum ada perkembangan positif berhubung kes kehilangan ahli perniagaan berkenaan walaupun ada maklumat mendakwa mangsa dikesan berada di Batu Pahat, Johor,” katanya.

Sementara itu, keluarga mangsa turut mendapatkan khidmat bantuan pengamal perubatan tradisional bagi mengesan lokasi mangsa disembunyikan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan ahli perniagaan berkenaan dan memberitahu polis berusaha sedaya upaya mengesan mangsa.

Menurutnya, polis setakat ini sudah mengambil keterangan daripada keluarga mangsa selain pekerja bagi membolehkan siasatan rapi dilakukan berhubung motif kehilangan Sosilawati.

Sementara itu, anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, malam tadi memberitahu, setakat ini belum ada sebarang berita mengenai ibunya.

Menurutnya, dia serta semua ahli keluarga berkumpul di rumah sejak hari ibunya hilang serta dalam keadaan bersedih dan hanya mampu membuat solat hajat, membaca Yasin serta berdoa agar ibunya selamat.

Selain itu, menurutnya ahli keluarga juga dipanggil ke IPK Kuala Lumpur untuk memberi keterangan berhubung kehilangan ibunya bagi membantu siasatan.

Search This Blog

Test Your Speed